SETIAP INSAN MEMPUNYAI KELEBIHAN YANG BERBEZA. JANGAN PERNAH RASA RENDAH DIRI. TERUS BANGKIT. KERANA SETIAP INSAN ADALAH ISTIMEWA

Thursday 5 November 2015

SUMUR

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Entri kali ini,kami akan mengupas cerpen Sumur daripada buku Inilah Karangan Saya : Narasi Penciptaan Cerpen.
Cerpen ini berkisar tentang seorang ibu angkat yang menginginkan anaknya supaya hanya memiliki dia sahaja sebagai ibunya. Dia memiliki seorang anak angkat yang bernama Siti Aesja. Siti Aesja seperti semalam dan hari-hari yang lalu ditinggalkan bersama ibu mertua dan iparnya. Dia dapat merasakan bahawa akan berlaku sesuatu yang buruk.
"Tengahari itu, air yang ingin saya teguk tumpah, nasi yang ingin saya suap terasa tidak membuka selera. Semuanya jadi tergendala. Saya nanar sehinggalah telefon di meja menjerit. 'Anakmu tidak henti-henti menangis.' Itu suara ibu mertua saya."
Seperti yang telah dijangka,sesuatu yang tidak diingini telah berlaku. Iparnya telah memberikan susu badan kepada Siti Aesja. Perkara ini sangat merunsingkan fikiran dia keran dia tidak ingin Siti Aesja mempunyai ibu yang lain selain dirinya.
Sementara itu, terdapat juga cerita yang sama berlaku kepada keluarga Oe di Pulau Selatan Shikoku. Seorang suami sanggup berhenti berkarya untuk memberi suara kepada anaknya Hikari.
Akhir kalam, dapat kami jadikan panduan yang terdapat di dalam cerpen ini bagi penulisan kami yang akan datang. Cerpen ini ada menggunakan beberapa perkataan Jepun. 

Sunday 1 November 2015

Wanita dan Paksi Cerita

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua..


Kupasan kali ini, kami akan membincangkan mengenai cerpen “Zel” yang terdapat di dalam buku  Mawar Safei yang bertajuk Inilah Karangan Saya: Narasi Penciptaan Cerpen. 

Cerpen ini memaparkan tentang pengembaraan dari alam diri, yang ingin keluar daripada pengembaraan tersebut. Cerpen ini juga memperlihatkan hubungan yang sequel antara cerpen yang sebelumny  iaitu cerpen “Virus Zel untuk Abah”. Hal ini demikian kerana, penulis iaitu Mawar Safei telah menggunakan nama watak yang sama dalam menulis kedua-dua cerpen ini. Mawar Safei berpendapat menggunakan nama yang sama merupakan satu strategi  untuk mengekalkan keterikatan penulis-khalayak-karya. 

Terdapat dua watak perempuan di dalam cerpen ini, iaitu Zelda atau Zel merupakan seorang pelukis  alias penyair. Zel adalah seorang perempuan yang cantik dan mempunyai semangat juang yang kuat. Zel juga merupakan seorang yang ceria walaupun hidup bersendirian.  Manakala watak Aku  merupakan seorang arkeologis yang berhadapan dengan konflik gender. 

Cerpen ini juga banyak bauran bidang dan tanggapan penulis terhadap konflik wanita, iaitu wanita  yang berhadapan dengan konflik gender di pejabatnya dan juga konflik diri. Penulis juga masih  mengangkat konflik kesumat dan keresahan jiwa watak seperti cerpennya yang sebelum ini. 

Akhir sekali, cerpen ini memberikan pelbagai impak yang mendalam khususnya kepada wanita yang mengalami situasi yang sama seperti watak. Cerpen ini juga, memerlukan pembaca untuk mentafsir  setiap lapisan makna dan metafora serta perlambanganyang dimaksudkan oleh penulis.