SETIAP INSAN MEMPUNYAI KELEBIHAN YANG BERBEZA. JANGAN PERNAH RASA RENDAH DIRI. TERUS BANGKIT. KERANA SETIAP INSAN ADALAH ISTIMEWA

Thursday 22 October 2015

Di sini langkahnya bermula

ASSALAMUALAIKUM....

Dr. Mawar Safei. Profesor Madya di Universiti Kebangsaan Malaysia, dari Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan, dan Kebudayaan Melayu (PPBKKM), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Di sini kumpulan kami akan membicarakan karya beliau iaitu "Virus Zel untuk Abah" serta buku "Inilah Karangan Saya; Narasi Penciptaan Cerpen. 

Terperangkap dalam kasih dan sayang seorang anak terhadap ayahnya menyebabkan Zel tersepit dalam lautan kebencian apabila ayahnya mengambil tindakan untuk meninggalkan diri Zel dan ibunya. Persoalan mula memberontak dalam diri Zel, tatkala Zel ingin mencari jawapan daripada kedua-dua orang tuanya. Ciptaan 'Virus' dibuat olehnya untuk menghancurkan kehidupan baru ayahnya dek kerana sifat dendam dan benci telah dicegah oleh Win, rakan baik Zel. Niatnya itu dipatahkan oleh akal warasnya.

Begitulah sedikit sebanyak tentang cerpen "Virus Zel untuk Abah" yang merupakan karya pertama beliau yang disiarkan di akhbar Mingguan Malaysia dan telah memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan pada tahun 1994. Menerusi buku "Inilah Karangan Saya; Narasi Penciptaan Cerpen" dapat membincangkan serta memberi panduan kepada kami berkenaan dengan cerpen "Virus Zel untuk Abah. Secara umumnya, terdapat pro dan contra daripada pandangan dari Zaiton  Abu Samah merupakan seorang editor. Beliau mengutarakan isu keghairahan penulis muda dalam keluaran Dewan Sastera, bahawa corak penulisan anak muda zaman itu sebagai karya yang kacau, sukar, kabur, terlalu empiris, membuat pembaca marah, mual, hilang minat, dan seterusnya tidak mahu mendekati tidak mahu mendekati karya sastera Melayu.
(Mawar Safei, 2014: 42)

Menyelusuri buku  "Inilah Karangan Saya; Narasi Penciptaan Cerpen" ini telah menekankan kepentingan bahasa ibunda kita dalam penghasilan karya cerpen. Keperihatinan segelintir karyawan-karyawan dalam memartabatkan bahasa Melayu jelas terpapar apabila Haji A. Rahim Abdullah menolak penggunaan bahasa Asing dalam penulisan cerpen seolah-olah tidak menghormati bahasa Melayu. 

Sebagai penutup bicara, dapat kami simpulkan bahawa cerpen "Virus Zel untuk Abah" dapat dijadikan sebagai batu loncatan kepada kita terutamanya dalam  penggunaan bahasa Asing semasa penulisan cerpen. Kita mendapati menerusi ulasan-ulasan dalam buku "Inilah Karangan Saya; Narasi Penciptaan Cerpen" yang bukan sahaja menegur dari aspek penggunaan bahasa, malahan itu turut memberi tunjuk ajar kepada kita agar tidak bersifat empiris dalam penghasilan cerpen.


Inilah Karangan Saya: Narasi Penciptaan Cerpen.


ASSALAMUALAIKUM....

Buku Tugasan
Sebelum melangkah lebih jauh untuk kami bercerita serba sedikit tentang buku ini, kami berasa amat berbangga kerana buku yang kami peroleh sebagai tugasan ini merupakan buku hasil nukilan Dr. Mawar Safei. Oleh itu, kami akan cuba jalankan kajian dengan penuh semangat dan iltizam agar penulisan di blog ini dapat dibaca oleh khalayak ramai.

Sepanjang pembacaan yang kami lakukan terhadap buku ini, jelas menunjukkan bahawa buku ini membantu penulis baharu atau bakal penulis dalam menghasilkan karya iaitu cerpen. Sesuai dengan tajuk buku, Inilah Karangan Saya: Narasi Penciptaan Cerpen, Dr. Mawar Safei telah menerangkan secara terperinci tentang ciri-ciri utama dalam penghasilan cerpen iaitu:

a)      Plot
b)      Watak
c)      Latar
d)     Gaya bahasa
e)      Tema

Bukan itu sahaja, Dr. Mawar Safei juga telah membahagikan subgenre cerpen kepada lima jenis subgenre cerpen. Dibawah merupakan jenis-jenis subgenre cerpen tersebut:

a)      Cerpen pendek
b)      Cereka imbasan
c)      Cereka mikro
d)     Cerpan
e)      Cermin

Melalui panduan yang diberikan oleh Dr. Mawar Safei didalam bukunya itu, diharap penulis baharu atau bakal penulis dapat menghasilkan cerpen dengan baik. Di dalam konteks perbincangan yang sama, Dr. Mawar Safei juga telah mengemukakan 10 buah jenis cerpen beserta ulasan sebagai rujukan buat bacaan umum.

Akhir kalam, sekiranya anda bersedia untuk menjadi seorang penulis, anda perlu menerima kritikan, berfikiran terbuka, menuju kepada tanggungjawab sosial, menuju kepada  sebuah tanggungjawab agama, menimbangkan apa kesudahannya penulisan; sama ada manfaatnya; untuk diri sendiri, untuk orang lain, dan untuk sastera Melayu.
(Mawar Safei, 2015: 23)


Rantai


Assalamualaikum.




Pahlawan Melaka mencari harta.
Sambil berdagang rempah kari,
Assalamualaikum pembuka kata,
Kumpulan Sembilan perkenalkan diri.

FARRA BINTI ABDULLAH (A151886)
FATIN NADIAH BINTI MOHD KHALID (A150768)
NUR FARAH DIANA BINTI ZULKIPLI (A150621)
NUR FATIHAH BINTI RAMLEE (A151901)
NURUL ATHIRAH BINTI TRISNA (A151916)
AMIRAH AYUNI BINTI MUSLIM (A150073)
FARAH NUR AMIRA BINTI HASMAT (A150817)
FURNIVAL LINGGANG (A150552)
ISLAH NOR FADZILAH BINTI MAHYUDDIN (A150440)


Kami seramai sembilan orang akan memberi ulasan tentang 10 bab cerpen yang terdapat di dalam buku Inilah Karangan Saya: Narasi Penciptaan Cerpen.  Kami berharap pembaca terus sabar bagi menantikan “entry” terbaru kami dalam masa terdekat ini.

BIOGRAFI MAWAR SAFEI


Assalamualaikum....

Dr. Mawar Safei
Mawar Shafie merupakan seorang penulis wanita di Malaysia warga Johor kelahiran Singapura. Mawar Shafie dilahirkan pada 27 Februari 1971. Ibu bapanya menetap di Johor Bahru. Beliau giat dalam bidang penulisan bagi menghasilkan cerpen.

Anak kelahiran Singapura ini memiliki kelulusan Sarjana Sastera dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebelum melanjutkan pengajiannya di peringkat Ijazah Doktor Falsafah di National Institute of Education, Nanyang Technological University, Singapura.

Antara kumpulan cerpen beliau ialah Zel (1998), Montaj II (2002) dan Masitah (2008). Beliau telah banyak memenangi hadiah dan anugerah sastera, Antaranya Hadiah Sastera Utusan Melayu-Public Bank bagi tahu 1994, 1995, 1997, 1998 dan 1999, Hadiah Sastera Perdana Malaysia 1996/1997, Hadiah Sastera Esso-GAPENA X, Hadiah Sastera Berunsur Islam IX 1996, Hadiah Sastera Darul Ta’zim II (1999), IV(2003), V(2005) dan Hadiah Sastera Sempena Bulan Budaya Pulau Pinang 1996.

Beliau kini bertugas di UKM dan blog beliau boleh dilayari di laman  http://mawarshafei.blogspot.com/