SETIAP INSAN MEMPUNYAI KELEBIHAN YANG BERBEZA. JANGAN PERNAH RASA RENDAH DIRI. TERUS BANGKIT. KERANA SETIAP INSAN ADALAH ISTIMEWA

Thursday 5 November 2015

SUMUR

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Entri kali ini,kami akan mengupas cerpen Sumur daripada buku Inilah Karangan Saya : Narasi Penciptaan Cerpen.
Cerpen ini berkisar tentang seorang ibu angkat yang menginginkan anaknya supaya hanya memiliki dia sahaja sebagai ibunya. Dia memiliki seorang anak angkat yang bernama Siti Aesja. Siti Aesja seperti semalam dan hari-hari yang lalu ditinggalkan bersama ibu mertua dan iparnya. Dia dapat merasakan bahawa akan berlaku sesuatu yang buruk.
"Tengahari itu, air yang ingin saya teguk tumpah, nasi yang ingin saya suap terasa tidak membuka selera. Semuanya jadi tergendala. Saya nanar sehinggalah telefon di meja menjerit. 'Anakmu tidak henti-henti menangis.' Itu suara ibu mertua saya."
Seperti yang telah dijangka,sesuatu yang tidak diingini telah berlaku. Iparnya telah memberikan susu badan kepada Siti Aesja. Perkara ini sangat merunsingkan fikiran dia keran dia tidak ingin Siti Aesja mempunyai ibu yang lain selain dirinya.
Sementara itu, terdapat juga cerita yang sama berlaku kepada keluarga Oe di Pulau Selatan Shikoku. Seorang suami sanggup berhenti berkarya untuk memberi suara kepada anaknya Hikari.
Akhir kalam, dapat kami jadikan panduan yang terdapat di dalam cerpen ini bagi penulisan kami yang akan datang. Cerpen ini ada menggunakan beberapa perkataan Jepun. 

No comments:

Post a Comment