SETIAP INSAN MEMPUNYAI KELEBIHAN YANG BERBEZA. JANGAN PERNAH RASA RENDAH DIRI. TERUS BANGKIT. KERANA SETIAP INSAN ADALAH ISTIMEWA

Saturday 5 December 2015

Narasi Cinta di Pulau Seribu Kubah

Dalam cerpen ini menceritakan mengenai seorang wanita yang bernama Kartini telah berkahwin dengan seorang lelaki yang tinggal di Lombok. Mereka saling mengenali antara satu sama lain sewaktu suaminya iaitu Hanafi  menyambung pengajian ijazah kedoktoran di bawah penyeliaan sahabat baik Kartini.  Sejak mengenali hanafi selama tiga tahun , Kartini mula jatuh hati terhadap Hanafi. Namun begitu, penerimaan keluarga Kartini tidak menggalakkan kerana Hanafi tinggal jauh di Senggigi. Mataram. Walaupun begitu, Kartini tetap bertekad untuk mengahwini Hanafi disebabkan cinta yang mendalam. Emak Kartini tetap berasa kecewa dengan sikap anaknya tetapi bagi mengikut kemahuan anak kesayangannya,  dia terpaksa mengizinkan perkahwinan mereka. Disebalik kisah ini, Kartini dan suaminya telah mendirikan sebuah Resort Rumah Chinta di pantai Senggigi sebagai lambang cinta mereka. Mereka turut  memiliki seorang anak lelaki yang bijak bernama Timour. Kartini tetap mengingati emaknya walaupun mereka terpisah jauh. Kartini tetap melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang anak dengan menelefon emaknya untuk mengetahui keadaan dia di sana. Kasih sayang seorang anak terhadap ibu masih utuh meskipun Kartini telah berumahtangga. Tambahan pula, sikap suami Kartini yang berpegang teguh kepada ajaran islam membuatkan Kartini tidak lupa akan jasa orang tuanya walaupun ibunya tidak pernah melawatnya. Kartini mempunyai semangat yang berkobar-kobar untuk menabur bakti kemanusiaan di daerah asing meskipun dia telah melakukan pengorbanan yang besar dalam hidupnya dengan meninggalkan negara sendiri. Siapa sangka disebalik pengorbananya itu, dia telah memperoleh berita gembira dengan kedatangan emak dan ayahnya ke Senggigi untuk bertemu dengan keluarga baharu Kartini. 

No comments:

Post a Comment