SETIAP INSAN MEMPUNYAI KELEBIHAN YANG BERBEZA. JANGAN PERNAH RASA RENDAH DIRI. TERUS BANGKIT. KERANA SETIAP INSAN ADALAH ISTIMEWA

Thursday 22 October 2015

Inilah Karangan Saya: Narasi Penciptaan Cerpen.


ASSALAMUALAIKUM....

Buku Tugasan
Sebelum melangkah lebih jauh untuk kami bercerita serba sedikit tentang buku ini, kami berasa amat berbangga kerana buku yang kami peroleh sebagai tugasan ini merupakan buku hasil nukilan Dr. Mawar Safei. Oleh itu, kami akan cuba jalankan kajian dengan penuh semangat dan iltizam agar penulisan di blog ini dapat dibaca oleh khalayak ramai.

Sepanjang pembacaan yang kami lakukan terhadap buku ini, jelas menunjukkan bahawa buku ini membantu penulis baharu atau bakal penulis dalam menghasilkan karya iaitu cerpen. Sesuai dengan tajuk buku, Inilah Karangan Saya: Narasi Penciptaan Cerpen, Dr. Mawar Safei telah menerangkan secara terperinci tentang ciri-ciri utama dalam penghasilan cerpen iaitu:

a)      Plot
b)      Watak
c)      Latar
d)     Gaya bahasa
e)      Tema

Bukan itu sahaja, Dr. Mawar Safei juga telah membahagikan subgenre cerpen kepada lima jenis subgenre cerpen. Dibawah merupakan jenis-jenis subgenre cerpen tersebut:

a)      Cerpen pendek
b)      Cereka imbasan
c)      Cereka mikro
d)     Cerpan
e)      Cermin

Melalui panduan yang diberikan oleh Dr. Mawar Safei didalam bukunya itu, diharap penulis baharu atau bakal penulis dapat menghasilkan cerpen dengan baik. Di dalam konteks perbincangan yang sama, Dr. Mawar Safei juga telah mengemukakan 10 buah jenis cerpen beserta ulasan sebagai rujukan buat bacaan umum.

Akhir kalam, sekiranya anda bersedia untuk menjadi seorang penulis, anda perlu menerima kritikan, berfikiran terbuka, menuju kepada tanggungjawab sosial, menuju kepada  sebuah tanggungjawab agama, menimbangkan apa kesudahannya penulisan; sama ada manfaatnya; untuk diri sendiri, untuk orang lain, dan untuk sastera Melayu.
(Mawar Safei, 2015: 23)


No comments:

Post a Comment