SETIAP INSAN MEMPUNYAI KELEBIHAN YANG BERBEZA. JANGAN PERNAH RASA RENDAH DIRI. TERUS BANGKIT. KERANA SETIAP INSAN ADALAH ISTIMEWA

Thursday 22 October 2015

Di sini langkahnya bermula

ASSALAMUALAIKUM....

Dr. Mawar Safei. Profesor Madya di Universiti Kebangsaan Malaysia, dari Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan, dan Kebudayaan Melayu (PPBKKM), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Di sini kumpulan kami akan membicarakan karya beliau iaitu "Virus Zel untuk Abah" serta buku "Inilah Karangan Saya; Narasi Penciptaan Cerpen. 

Terperangkap dalam kasih dan sayang seorang anak terhadap ayahnya menyebabkan Zel tersepit dalam lautan kebencian apabila ayahnya mengambil tindakan untuk meninggalkan diri Zel dan ibunya. Persoalan mula memberontak dalam diri Zel, tatkala Zel ingin mencari jawapan daripada kedua-dua orang tuanya. Ciptaan 'Virus' dibuat olehnya untuk menghancurkan kehidupan baru ayahnya dek kerana sifat dendam dan benci telah dicegah oleh Win, rakan baik Zel. Niatnya itu dipatahkan oleh akal warasnya.

Begitulah sedikit sebanyak tentang cerpen "Virus Zel untuk Abah" yang merupakan karya pertama beliau yang disiarkan di akhbar Mingguan Malaysia dan telah memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan pada tahun 1994. Menerusi buku "Inilah Karangan Saya; Narasi Penciptaan Cerpen" dapat membincangkan serta memberi panduan kepada kami berkenaan dengan cerpen "Virus Zel untuk Abah. Secara umumnya, terdapat pro dan contra daripada pandangan dari Zaiton  Abu Samah merupakan seorang editor. Beliau mengutarakan isu keghairahan penulis muda dalam keluaran Dewan Sastera, bahawa corak penulisan anak muda zaman itu sebagai karya yang kacau, sukar, kabur, terlalu empiris, membuat pembaca marah, mual, hilang minat, dan seterusnya tidak mahu mendekati tidak mahu mendekati karya sastera Melayu.
(Mawar Safei, 2014: 42)

Menyelusuri buku  "Inilah Karangan Saya; Narasi Penciptaan Cerpen" ini telah menekankan kepentingan bahasa ibunda kita dalam penghasilan karya cerpen. Keperihatinan segelintir karyawan-karyawan dalam memartabatkan bahasa Melayu jelas terpapar apabila Haji A. Rahim Abdullah menolak penggunaan bahasa Asing dalam penulisan cerpen seolah-olah tidak menghormati bahasa Melayu. 

Sebagai penutup bicara, dapat kami simpulkan bahawa cerpen "Virus Zel untuk Abah" dapat dijadikan sebagai batu loncatan kepada kita terutamanya dalam  penggunaan bahasa Asing semasa penulisan cerpen. Kita mendapati menerusi ulasan-ulasan dalam buku "Inilah Karangan Saya; Narasi Penciptaan Cerpen" yang bukan sahaja menegur dari aspek penggunaan bahasa, malahan itu turut memberi tunjuk ajar kepada kita agar tidak bersifat empiris dalam penghasilan cerpen.


No comments:

Post a Comment